MIRI: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Haji Zohari Tun Abang Haji Openg pagi tadi mengadakan lawatan kerja singkat ke sini untuk merasmikan majlis pecah tanah bangunan ibu pejabat LAKU ( Lembaga Air Kawasan Udara) bertempat di Bukit Selatan di sini.
Di waktu sama beliau juga merasmikan majlis penyerahan reservoir Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) berkapasiti 27 MLD di tempat sama.
LAKU adalah pihak berkuasa bekalan air negeri yang menyedia dan menguruskan bekalan air di kawasan Utara Sarawak meliputi Bintulu, Samalaju, Miri dan Limbang.
Turut hadir Menteri Utiliti, Dato Sri Stephen Rundi Utom dan Menteri Pengangkutan, Datuk Lee Khim Shin.
Turut berucap Pengerusi Lembaga Pengarah LAKU, Datuk Nelson Balang Rining.
Sumber dari : Sarawakku